SYARAT&PERATURAN


 Syarat-Syarat dan Peraturan

Para tetamu/penginap diminta mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan berikut:

1.          Hanya tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram sahaja dibenarkan menginap.
2.         Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke rumah.
3.         Minuman keras/alkohol atau bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dandilarang oleh Pihak Berkuasa seperti senjata api, bahan letupan, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.
4.         Menjaga Kebersihan di dalam dan di luar rumah. Sila buang sampah/sisa ke dalam bakul atau tong sampah yang disediakan.
5.         Sila cuci atau basuh dan kembalikan ke tempat asal semua peralatan pinggan-mangkuk yang telah anda gunakan.
6.         Sila jemur tuala atau pakaian basah di ampaian yang disediakan di hadapan rumah kediaman.
7.         Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup lampu, kipas dan aircond jika tidak digunakan.
8.         Meletakkan kenderaan dengan berhemah dengan tidak mengganggu lalu lintas dan menimbulkan kemarahan jiran-jiran.
9.         Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak jiran di taman perumahan ini. Elakkan daripada membuatbising di larut malam.
10.        Jangan tinggalkan apa jua barang berharga di dalam rumah. Pastikan pintu, gril dan pagar dikunci apabila anda meninggalkan rumah walaupun untuk seketika. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas apa jua kehilangan barang berharga semasa anda menginap di sini.
11.         Bilik air. Elakkan daripada membuang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat. Sila buangkan ke dalam bekas yang disediakan.
12.        Laporkan sebarang kerosakan yang berlaku. Wang cengkeram anda mungkin ditolak sebagai gantirugi atas kerosakan yang berlaku akibat kecuaian anda.
13.        Jika anda mengubah kedudukan sebarang perabot dalam premis, sila letakkan dan susun kembali di tempat asal sebelum anda check-out.

Sila tinggalkan premis ini dengan kualiti kebersihan sama seperti semasa anda mula memasukinya.


"SEMOGA ANDA BERPUASHATI DAN GEMBIRA KETIKA ANDA BERADA DI HOMESTAY NUR HIDAYAH, JOHOR BAHRU" 


TERIMA KASIH 

No comments:

Post a Comment